SEKOLAH SMK RAJA MUDA


SEJAAH SEKOLAH SMK RAJA MUDA


Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda telah ditubuhkan hasil pelaksanaan Sistem Aneka Jurusan yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun 1964.
Tapak sekolah ini telah diwakafkan oleh tiga orang ahli politik iaitu Allahyarham En Zubir bin Md.Zain ( Bapa kepada Tun Saadon Bin Zubir ), En Abu Bakar Bin Tahir dan En Mahdan Hj Abd Rahman.

Sekolah ini telah diasaskan oleh En.Hashim bin Mohammad yang mula bertugas sebagai Guru Besar sekolah ini pada tahun 1965 hingga 1971.
Kumpulan pertama pelajar tingkatan satu seramai 120 orang dan 7 orang guru telah memulakan sesi persekolahan mereka pada tahun 1965. Kumpulan pertama ini telah menumpang di Sekolah Kebangsaan Parit Jawa. Pada 15 oktober 1966, murid-murid telah berpindah ke kawasan yang ada sekarang ini yang pada ketika itu hanya terdiri daripada dua blok bangunan sahaja iaitu Blok A dan Blok B.
Sekolah ini telah dirasmikan pada 6 November 1969, bersamaan 26 Syaaban 1389 oleh Menteri Pelajaran Malaysia iaitu YB Dato’ Haji Abdul Rahman Yaakub P.N.B.S.Seterusnya sekolah ini terus berkembang dan membangun sejajar dengan perkembangan persekitaran dan pertambahan murid sehingga tahun 1994. Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Muda telah dinaikkan taraf dari Gred B ke Gred A mulai Mac 1994.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING





Perkhidmatan Unit Bimbingan Dan Kaunseling:


1.     Membantu pelajar menyesuaikan diri dengan persekitaran
2.     Memberi maklumat tentang tentang pilihan kerjaya
3.     Memberi pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami dan menangani masalah
4.     Khidmat kaunseling tentang masalah peribadi

SEDIA BERKONGSI DAN BERBINCANG BERSAMA ANDA HAL-HAL

  • Kerjaya
  • Keluarga
  • Pembangunan diri
  • Merancang masa depan
  • Pelajaran
  • Peribadi
  • Emosi
  • Sosial


OBJEKTIF KAUNSELING

1. Membantu pelajar untuk menyesuaikan diri dengan    keadaan atau persekitaran

2. Membantu pelajar dalam memberikan maklumat mengenai      pemilihan kerjaya  yang sesuai

3. Memberi  pengetahuan kepada pelajar dalam proses memahami masalah dan bagaimana menanganinya

4. Memberi khidmat kaunseling bagi membantu pelajar mengatasi masalah  peribadi.                  


 GURU-GURU UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING




TN. HJ. OTHMAN B. IBRAHIM
(Guru bimbingan kaunseling sepenuh masa cemerlang)
Bachelor education bimbingan kaunseling  


PN CHE SURIYATI BT CHE KAR
(Guru bimbingan kaunseling )
Pendidikan bimbingan kaunseling


LAGU SEKOLAH